|
 |
|
Monday, July 14, 2008
last week sebelum aku blk kg,, sempat lg nak menyinggah kat summit usj,, anakku da buat sales,, hasil rembatan,,, rm 80 hinggit  
Posted at 04:24 pm by mayudi-asniza
Permalink
Saturday, July 05, 2008
citer last week,,
yudi beriya sgt nak dirikan kolam ikan,,, tp servey yg dibuat makan ratusan rm gak,,last2,, ats nasihat din,, yudi berjaya jugak dgn bermodalkan hanya 50 hinggit jek,,
kolam ikan kami,,,

he,,he,, aku yg turut sibuk,,tukang komen

n,, nie pula,, minum petang,,,

hmm,,, sajer nak tepek,, bj bb





Posted at 09:06 pm by mayudi-asniza
Permalink
Friday, July 04, 2008
Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?
Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?

KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.
KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata,
terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula
daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya.
Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.
|
|
SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.
|
“Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa
cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara
penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.
“Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya
orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali
pusat bayi masih belum tanggal,” jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan
Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Norhayati Ahmad.
Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat
perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk
memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi.
Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.
Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak
diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi
melecur.
|
|
NORHAYATI AHMAD
|
Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian.
Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan
sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan
bayi menurun atau hipotermia.
“Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan
dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi
biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.
“Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain
menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas
dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa
sejuk.
“Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang,” jelas beliau.
|
|
SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.
|
Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi
menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.
Langkah pertama* Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.
|
|
LAP badan bayi sehingga kering.
|
Langkah kedua* Bersihkan kepala bayi.
Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu
dan gosok kepala bayi dengan lembut.
Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.
* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.
|
|
BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.
|
Langkah ketiga * Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.
Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.
Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.
|
|
JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.
|
Langkah keempat* Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.
* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat.
Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling
pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.
Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali
pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak
disarankan oleh doktor.
Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan
baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar
selepas proses mandian.
sumber : kosmo online
Posted at 04:48 pm by mayudi-asniza
Permalink
Friday, June 27, 2008
hai sumer,,, hrnie,, berjaya jugak aku akhirnyer,, menguploadkan gambar prutku yg kian memboyot nie,,, ha,,ha, 5 month,,, then,, kat bwh nie,, brg2 yg berjaya dibeli,,,weeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Posted at 03:45 pm by mayudi-asniza
Permalink
Monday, June 23, 2008
hnmm entry nie,, nak mulakan from khamis,,
pagi2 lg,,aku dah cek kat atm,, duit gajiku,,yeah,, ada.. then,, malam, aku g joli kat sogo,, rembatan yg berjaya dibeli,, 1.Stroller 2.baju baby 5 psng....
jumaat,,, weee,,hmm apa yg best,, hrtue ,,aku berjaya menggoda suamiku utk balik kg,, yeeehaa,, sampai jek kat kg,, kitorang terus pergi berurut,,, hmm mmg best,, so, now, my baby di kedudukan yg betul,, x rs lagilah mcm kat bwh sgt,,,cumer mak cik tu pesan utk dtg pd 7 bulan ,,nak buat air tolak bala utk aku n suami,,he,,he,, hmm best2,,leh urut lg,,
the, next day,, aku ronda2 kat jasin,, hu,hu tgk brg2 baby,, oklah,, katil baby pun bleh dpt 150,, then,, dpt beli satu baju peknen,,then ptg,, dpt makan mata kucing,, sekilo 6 hinggit,, mlm plak,, tidur paya dlm,,hu,,hu sonok sbb mak mertua ku usik2 kat perut,,,he,,he,, then,, dia ckp,,nie, bb girl ni,,, he,,he,,
sebelum balik ,, kitorang berjaya jugak membeli durian kampung,, hu,,hu mmg best,, mak plak msak ikan haruan msk cili api,, mmg umphh gile,,, then,, ptg tu kitorang blk awal,,hu,hu kul 8 dah sampai gumah ,,then aku pun bummm titon,,, he..he,,
Posted at 11:50 am by mayudi-asniza
Permalink
Monday, June 16, 2008
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my
Selimut dan bantal yang banyak boleh menyebabkan bayi sesak nafas dan mati lemas ketika tidur.
POSISI tidur yang betul memberi kesan yang baik pada pembesaran si kecil. - Gambar hiasan.
MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yang
dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum ini
hidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru dan
pelengkap bagi sebuah keluarga.
Seperti yang kita sedia maklum bayi yang baru lahir rutin harian
mereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan ke
atas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil.
Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan
peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap
sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh
menyebabkan kecederaan dan kematian bayi.
Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru,
Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai
posisi tidur bayi yang betul.
Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.
Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor,
bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi
tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya,
biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring
yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi.
Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan
ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama
mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan
sesak nafas.
Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya
kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan
mengelakkan bayi termuntah.
"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka
lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap
tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka
berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan
kurang bijak.
"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur
bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau
penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS),"
katanya.
DR. Norrashidah memberitahu bayi normal dan tidak normal mempunyai posisi tidur yang berbeza.
Menjelas lanjut terdapat juga segelintir ibu bapa yang menidurkan
anak-anak dalam keadaan meniarap. Tiada salahnya tetapi ibu bapa perlu
memastikan tilam yang digunakan tidak lembut. Dan, letakkan bantal
nipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa selesa.
Jika ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mengalihkan muka mereka ke
sisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas tidur dalam keadaan
begitu. Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiring
dan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakang
supaya bayi tidak terlentang secara mengejut.
Sementara itu, kepada ibu bapa yang memiliki bayi yang tidak normal
seperti pra-matang atau sindrom down, mereka perlu menitikberatkan soal
posisi tidur anak-anak. Dalam keadaan ini, posisi tidur terlentang
tidak digalakkan buat bayi yang tidak normal.
Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah dan
lembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentang
kerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akan
terjatuh ke belakang.
Seperti yang diketahui, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16
hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu dan
menukar lampin. Atas faktor tersebut, ibu bapa dinasihatkan supaya
menukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayi
yang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.
Ibu bapa juga disarankan supaya:
* Menggunakan tilam yang rata
dan keras. Penggunaan tilam air, tilam angin, bantal yang lembut tidak
elok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisi
tidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilam
atau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesak
nafas.
* Sebelum tidur pastikan suhu
badan bayi anda tidak terlalu panas. Gunakan selimut yang nipis atau
pakaian bayi yang sesuai dengan suhu bilik tidurnya untuk mengurangkan
penggunaan jumlah selimut yang banyak.
* Tidak menjadi masalah
sekiranya bayi tidur di dalam bilik ibu bapa, tetapi elakkan berkongsi
katil bersama ibu bapa. Menurut Norrashidah terdapat dua kes yang
diterima mendapati bayi mati dek kerana terhimpit secara tidak sengaja
di celah antara ibu dan bapanya.
Selain itu, lebih menyakitkan apabila tangan atau kaki si ayah atau
ibu terletak di atas perut atau kepala si bayi, lalu menyebabkan bayi
lemas.
Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa haruslah menidurkan bayi di dalam katil bayi yang berasingan.
Bukan itu sahaja, pastikan persekitaran tempat tidur bayi tidak
dipenuhi dengan selimut tebal, anak patung atau bantal yang terlalu
banyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas dan sesak nafas
apabila bertukar posisi tidur. Cukup dengan sebiji bantal dan sehelai
selimut yang menutupi dari paras dada ke bahagian kaki.
Posted at 11:54 am by mayudi-asniza
Permalink
aaaaa,,terlebih sudah!!!!

hmm sopping,,,, he,,he,, hr sabtu yg lepas,, yudi @ boy pren kuler,,, ha,,ha, bwk jenjalan sekitar shah alam,, ngeh,,ngeh,ngeh,, puas gak ah pusing ,, last sekali g tgk brg bb kat sek9,, ya allah best gilr,,, itu br potongan 20 persen,, yg kat dlm peyut nie pun x hingat,, pun duk joget2,,,hu,,hu sabar yer syg,, 26 hb nie,, mama belikan,,, ha,,ha,, makanya,, kitorang just cuci mata jeklah,,weeeeeee hr ahad,, aku duk gumah mcm ulau,,, duk terbelengkau jek,,, dpn tv,, he,,he,, n today,, peyut ku meragam,, asyik nak pegi toilet ja,,,x tahulah silap tang mana,, tp yg pasti this weekend ,,aku belash cencalok sampai setengah botoi....waaaaa,,terlebih sudah!!!!
Posted at 11:17 am by mayudi-asniza
Permalink
Thursday, June 12, 2008
cewahhh,,ha,,ha,.,, tgh2 gawat nie,, ada hati lg aku nak pi bercuti yek,,
astaga,,,x bleh jd nie,, tp laki aku ajak bercuti awal julai nie,, hmm,, camner nie,, nampaknyer,, bercuti ker kg dah ler kan,, tu pun, dah cukup menhiburkan,, dgn karenah anak buah kitorang yg cukuplah nakalnyer,,,
eleh,,lgpun aku tau,, laki aku tue,, sebenarnya ,,nak hilangkan gian nak main heli yg br dibeli tue lah,, aku x kire... bln nie,, sampai gayer,, sopping utk baby jek,, xkire ah,,duit papa r mama,,,
kecian kat bb,, satu apa x beli lg,,,hu,,hu,,,
sekarang,,kandungan aku dah menjangkau 18 minggu yer,, hrnie,, dia main kembung2 plak,, sbb aku asyik minum air jek,,hu,,hu,,hu hmm dapnyer teh ais,,, ptg nie plak nak minum apa yek,, rasa cam mls plak nak mkn,,, kita order air jek lah kang,,, he,,he,,
Posted at 12:47 pm by mayudi-asniza
Permalink
Tuesday, June 10, 2008
waaa,,, kenapa yek hari nie,, aku rs cam letih sgt,, may be psl mlm td susah sgt nak tidur,,,
pg nie seperti biasa aku akn dtg ke tempat kerja,,tp still bdn lesu lg,, mkn ns lemak ngan teh o ais,,, but,,,, after that dia keluar semula,, dan membuatkan tekakku rs x sedap,,,hmm camner nie yek,,
keje plak,,hish,, rs malas sgt nak buat,,,bleh x? nie,, asyik ks jek, keje kat aku,, tp mmg aku akn siapkan on time,, but letih ah,, asyik aku jek yg buat,,, wa,,wa ,wa,, biler lah laki aku nak kaya oi,, leh gak aku duk terkangkang jek kat gumah,,he,,he,,
nak x nak aku kene teruskan keje nie jugak,, kalu x larat kang,, dgn selambanya aku akn,,, toing,,tyoing kat ats sofa itu,,lantak ah,, ibu mengandung letih tau!!!
Posted at 10:59 am by mayudi-asniza
Permalink
Tuesday, March 18, 2008
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,, minggu nie,, aku muler merasakan loya yg termat sgt,,, huk,,huk,, asyik nak muntah jek,,,nasib baik bleh gak telan bende lg,, utk dimakan,,,
aku juga x lrt nak berfikir utk membuat keja kat opis,, wa,,ha,,ha,,,,,,camner nih,,,
Posted at 02:29 pm by mayudi-asniza
Permalink
|
|
|